Rekod Kehadiran

Sila isi kehadiran tuan/puan

Bengkel ELIB: EBOOK

Perkembangan teknologi maklumat telah membawa kepada transformasi besar dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan dan perpustakaan. Salah satu perubahan yang signifikan adalah peralihan daripada bahan bacaan fizikal kepada format digital, terutamanya e-book (buku elektronik). Penggunaan e-book di perpustakaan bukan sahaja mempermudah akses kepada bahan bacaan, malah ia juga menyediakan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pengguna dalam mendapatkan maklumat.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada staf  perpustakaan mengenai cara-cara penggunaan e-book di perpustakaan dengan lebih efektif. Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada platform eBook iaitu ELIB, cara mengakses koleksi e-book yang tersedia, serta peranan penting e-book dalam memperkaya pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat di dalam kalangan pengguna.

Bengkel ini diharap dapat menjadi platform yang bermanfaat bagi meningkatkan kompetensi digital staf perpustakaan dan juga memperkasa literasi maklumat di dalam kalangan pengguna perpustakaan.


Lokasi di Pusat IT, PTDI 1, Segamat
Terbuka pada Kumpulan Staf sahaja

Sila Pilih Kategori Anda

UiTM Staff

UiTM Student

Public