Rekod Kehadiran

Sila isi kehadiran tuan/puan

Sesi Perkongsian Sistem Perpustakaan Sekolah Menengah Sains Segamat

Kaedah tradisional dalam pencarian, peminjaman, dan pemulangan buku bukan sahaja memerlukan lebih banyak masa, tetapi juga berisiko menyebabkan kesilapan dalam rekod peminjaman. Ketiadaan sistem yang berstruktur menyukarkan guru dan pelajar untuk mengakses maklumat berkaitan bahan bacaan yang tersedia dengan lebih pantas dan efisien.

Selain itu, tanpa sistem perpustakaan digital, pelajar dan guru menghadapi kesukaran untuk mengakses sumber rujukan secara dalam talian. Dalam era pendidikan digital ini, banyak institusi telah menyediakan sistem perpustakaan yang membolehkan pengguna mencari dan membaca bahan secara elektronik. Namun, ketiadaan sistem ini di sekolah menyukarkan pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini dan luas bagi menyokong proses pembelajaran mereka.

Dari segi pengurusan bahan bacaan kaedah manual dalam menyusun dan mengawasi peminjaman buku boleh mengakibatkan kehilangan atau kerosakan bahan tanpa pemantauan yang efektif. Dengan adanya sistem perpustakaan digital, rekod peminjaman boleh dikemaskini secara automatik, mengurangkan kesilapan dan memudahkan pengesanan buku yang dipinjam.

Selain aspek teknikal, tahap minat membaca dalam kalangan pelajar juga menjadi cabaran utama. Walaupun perpustakaan menyediakan pelbagai bahan bacaan, kekurangan sistem yang mesra pengguna menjadikan akses kepada maklumat kurang menarik dan tidak sistematik. Oleh itu, sesi perkongsian ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan sistem perpustakaan serta membincangkan keperluan membangunkan sistem yang lebih efisien untuk kegunaan warga sekolah.

TARIKH : 10 Mac 2025 (Isnin) MASA : 9:00 pagi - 11:00 pagi TEMPAT : Online Google Meet


Lokasi di Google meet, Segamat
Terbuka pada Kumpulan Staf PTAR sahaja

Sila Pilih Kategori Anda

UiTM Staff

UiTM Student

Public