Mung Tanya Ustaz Jawab - Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai segala kekusutan. Firman Allah; “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”. Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani serta menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia di dunia dan akhirat.
Justeru penganjuran sesi ceramah ini diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada staf dalam memperbaiki amalan dalam kehidupan ini.
Objektif ceramah ini adalah:
- Membudayakan ilmu dan kepentingannya dalam kalangan staf dan pelajar
- Mengaktifkan peranan Perpustakaan dalam membantu perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat
- Berlumba-lumba dalam khidmat kebaikan dan kebajikan buat umat Islam
- Mengambil kesempatan berbuat amal istimewa sempena bulan Ramadhan
Tarikh : 27 Februari 2025
Masa : 2.45 petang - 3.45 petang
Tempat : Ruang LCE PTDI 1
Lokasi di Ruang LCE PTDI 1, Segamat
Terbuka pada Kumpulan Staf sahaja