TELAAH@UPNM: BORAK BUKU BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH: PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI

Pada episod kali ini, kita akan menelusuri kisah agung Nabi Muhammad SAW melalui sebuah biografi indah sempena bulan kelahiran Baginda yang penuh barakah iaitu buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi oleh Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. 🌙📖 👩‍💼 Panel Jemputan: Cik Noor Faezah binti Shaari (Pustakawan Kanan, Bahagian Repositori & Teknologi Perpustakaan) 🎤 Moderator: Cik Wan Nor Mazliyana binti Wan Mansor (Pustakawan, Unit Rujukan) Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menghayati sejarah, mengambil inspirasi, dan memperkukuh cinta kita kepada Rasulullah SAW. ❤️🌙📖