Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah berjaya diadakan pada 30 April 2025 bertempat di Ruang LCE, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, serta turut disiarkan secara dalam talian melalui platform Google Meet bagi memberi akses kepada peserta secara maya.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Hairiani Abd Hamid, Pensyarah Kanan dari UiTM Cawangan Johor, yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan aspek penting keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Seramai 274 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada pelajar serta warga kerja UiTM Johor.

Penganjuran ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga perpustakaan serta seluruh warga kampus tentang kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ia juga bertindak sebagai medium untuk memperkasa ilmu berkaitan langkah-langkah pencegahan risiko kemalangan serta amalan kerja yang selamat di tempat kerja.

Secara keseluruhannya, ceramah ini mendapat sambutan yang amat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kesedaran berkaitan KKP dalam kalangan peserta. Diharapkan pendedahan yang diberikan dapat diterapkan dalam rutin kerja harian demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.