Program resensi Buku Bersama Pentadbir@Iqra’ Corner - Siri 1 Ikigai : The Japanese Secret To A Long And Happy Life

30 April 2025 | 2 Zulkaedah 1446h – Telah berlangsung Program Resensi Buku Bersama Pentadbir@Iqra’ Corner, Siri 1 : Ikigai : The Japanese Secret To A Long And Happy Life . Program ini merupakan inisiatif strategik yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor (UCS) bagi memperkukuh budaya membaca dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga universiti. Program ini selaras dengan hala tuju Roadmap PTAR UCS 2025 dan menyokong agenda Knowledge Society serta inisiatif membaca universiti yang mensasarkan bacaan 24 naskhah setahun bagi setiap staf dan pelajar serta 90% penggunaan sumber rujukan perpustakaan.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan membaca dan berkongsi ilmu secara berstruktur dalam kalangan staf dan pelajar UiTM. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pencapaian Performance Indicator (PI) universiti, malah membantu membina ekosistem kerja dan pembelajaran yang dinamik, inklusif, serta berorientasikan pengetahuan.

Siri 1 telah dihadiri oleh 1,685 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM daripada pelbagai kampus melalui siaran langsung di Youtube Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor yang di adakan di Iqra’ Corner Unit Kesihatan, Kampus Puncak Perdana yang merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan Iqra’ Corner UiTM Cawangan Selangor tahun 2024.

Panel :

 Dr. Ernie Rozaini binti Sulaiman, Pegawai Perubatan, UiTM Kampus Puncak Alam

Moderator :

 Cik Nur Syazrina Mohd Sofian, Pelajar Latihan Industri, PTAR UiTM Kampus Puncak Alam

 

Objektif : 

i. Membudayakan amalan membaca dalam kalangan staf UiTM Cawangan Selangor.

ii. Meningkatkan perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

iii. Menyokong pencapaian PI universiti berkaitan budaya ilmu.

iv. Memanfaatkan kepelbagaian ilmu dan pengalaman staf untuk meningkatkan profesionalisme.

v. Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih intelektual dan bermotivasi tinggi.

 

Impak program :

i. Menggalakkan amalan membaca dan berkongsi ilmu secara berstruktur dalam kalangan staf dan pelajar UiTM. 

ii. Menyokong pencapaian Performance Indicator (PI) universiti, malah membantu membina ekosistem kerja dan pembelajaran yang dinamik, inklusif, serta berorientasikan pengetahuan.

iii. Meningkatkan pengetahuan dan ilmu baharu kepada peserta melalui perkongsian bahan bacaan serta dapat meningkatkan kecekapan dan memudahkan tugasan harian.

iv. Meningkatkan profesionalisme staf yang berpengetahuan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih intelektual dan bermotivasi tinggi.

 

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif program melalui maklumbalas daripada peserta. Diharapkan juga program ini dapat meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman staf dalam urusan kerja seharian selaras dengan hala tuju Roadmap PTAR UCS 2025 dan menyokong agenda Knowledge Society.