BENGKEL BACAAN PANTAS BERSAMA PELAJAR (SISWA GURU) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO'RAZALI ISMAIL

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dengan kerjasama Perpustakaan Ibnu Sina, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, bertujuan meningkatkan kemahiran bacaan pantas dalam kalangan siswa guru. Ia berlangsung pada 30 April 2025 (Rabu), dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Delima, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Seramai 65 orang peserta terlibat dalam aktiviti berbentuk bengkel yang memberi fokus mengenai asas-asas kemahiran Bacaan pantas dan teknik membaca dengan pantas. Speed Reading ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta penerangan mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas. Beberapa teknik bacaan yang betul turut dikongsikan bagi meningkatkan tahap pembacaan seseorang serta menjimatkan masa. Selain itu, latihan turut dilaksanakan semasa program berlangsung bagi memberi gambaran yang jelas mengenai Bacaan Secara Pantas atau “Speed Reading”. Program ini juga menjadi platform kolaborasi antara institusi pendidikan untuk memperkukuh budaya ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya melalui perkongsian pengetahuan praktikal dan penglibatan aktif peserta, sekaligus mengukuhkan hubungan antara IPG Kampus Dato' Razali Ismail dan UiTMCT dalam bidang pendidikan.