BENGKEL LITERASI MAKLUMAT BERSAMA PELAJAR (SISWA GURU) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT BERSAMA PELAJAR (SISWA GURU) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dengan kerjasama Perpustakaan Ibnu Sina, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, bertujuan meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan siswa guru. Ia berlangsung pada 30 April 2025 (Rabu), dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Delima, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Seramai 65 orang peserta terlibat dalam aktiviti berbentuk bengkel yang memberi fokus kepada penggunaan sumber maklumat secara efektif, teknik pencarian bahan akademik, dan pemahaman etika penggunaan maklumat. Program ini juga menjadi platform kolaborasi antara institusi pendidikan untuk memperkukuh budaya ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya melalui perkongsian pengetahuan praktikal dan penglibatan aktif peserta, sekaligus mengukuhkan hubungan antara IPG Kampus Dato' Razali Ismail dan UiTMCT dalam bidang pendidikan.