Program Bedah Buku Read@IBS : Menerokai Dunia Haiwan Kesayangan

12 September 2025 – Program bulanan Bedah Buku Read@IBS bagi sesi September 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat daripada warga Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia. Acara ini diadakan di Sudut Utama EKSA IBS (Tingkat 1) serta disiarkan secara langsung melalui Facebook LIVE Institut Biosains UPM, sekali gus memberi akses lebih luas kepada warga kampus. Buku bertajuk Complete Guide to Pet Health, Behavior and Happiness: The Veterinarian's Approach to At-Home Animal Care telah diulas oleh pengulas jemputan, Cik Siti Nadiah Azmi, Penolong Pegawai Veterinar dari Laboratori Vaksin dan Biomolekul (VacBio), IBS. Sesi ini menyentuh pelbagai aspek menarik mengenai penjagaan haiwan kesayangan, khususnya kucing, yang dibincangkan secara santai tetapi penuh informasi. Bagi menceriakan sesi, pengulas turut menyediakan kuiz interaktif dengan hadiah menarik untuk para pendengar. Program Bedah Buku Read@IBS merupakan salah satu inisiatif IBS dalam memupuk budaya membaca, memperluas perkongsian ilmu, serta memperkukuh minat terhadap sumber rujukan ilmiah dalam kalangan warganya.