Lawatan pelajar dan guru ke Koleksi Khas Jawi bersempena Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Siri ketiga
Tarikh: 21 Jamadilawwal 1446 H | 23 November 2024
Seramai 334 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru SK Lembah Subang telah mengunjungi Koleksi Khas Jawi PTAR. Kunjungan mereka adalah bersempena Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Siri ketiga. Program ini merupakan program anjuran Pusat Zakat Selangor bagi golongan asnaf dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program yang julung kalinya melibatkan pelajar sekolah rendah telah berjalan dengan lancar dan murid-murid telah mempamerkan minat dan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
ڬالري
⬩ GALERI