Kunjungan Staf dan anak-anak Majlis Bandaraya Alor Star ke Koleksi Khas Jawi
Tarikh: 27 Jamadilawal 1446H | 29 November 2024
Seramai 80 orang staf Majlis Bandaraya Alor Star bersama anak-anak mereka dari pelbagai peringkat umur telah mengunjungi Koleksi Khas Jawi PTAR. Kunjungan ini adalah bersempena lawatan rasmi mereka ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Mereka kelihatan amat teruja menjejakkan kaki ke perpustakaan akademik melihat Koleksi Khas Jawi serta kemudahan perpustakaan. PTAR sentiasa meraikan masyarakat umum termasuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada usaha mendekati komuniti melalui pembudayaan ilmu di peringkat institusi pengajian tinggi.
ڬالري
⬩ GALERI