Sekolah Kebangsaan Lembah Subang mengunjungi Koleksi Khas Jawi
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Kehadiran seramai 334 guru dan pelajar SK Lembah Subang adalah bersempena Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah di Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi mendalami ilmu pengesanan maklumat tangkas dan bacaan pantas. Para pelajar dan guru telah dibawa melawat ke Koleksi Khas Jawi dan Galeri Tun Abdul Razak yang kaya dengan khazanah warisan bangsa yang amat bernilai.
ڬالري
⬩ GALERI