ڤڠنلن جاوي

Lawatan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ke Koleksi Khas Jawi
Gallery Thumb 1

Lawatan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ke Koleksi Khas Jawi

Tarikh: 4 Februari 2025 | 5 Syaaban 1446H

Seramai 8 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang diketuai oleh Puan Zubariah Binti Abdullah (Pengarah Cawangan Dokumentasi Dan Penerbitan) telah mengunjungi Koleksi Khas Jawi bersempena lawatan penanda arasan mereka ke Perpustakaan Tun Abdul Razak. Lawatan penanda arasan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat, rujukan dan perkongsian ilmu serta kepakaran berkaitan pengurusan perpustakaan terutamanya dalam usaha pendigitalan bagi memelihara dan memulihara bahan-bahan untuk rujukan masa akan datang.

ڬالري

⬩ GALERI