ڤڠنلن جاوي

Lawatan Kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak
Gallery Thumb 1

Lawatan Kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak

Tarikh: 13 Mac 2025 | 12 Ramadan 1446H

Delegasi dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM diketuai Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno telah mengadakan lawatan yang membawa hasrat lebih besar iaitu mengukuhkan sinergi dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu demi kecemerlangan warga UiTM. Antara lain turut menyatakan hala tuju Koleksi Khas Jawi yang boleh difikirkan bersama ACIS yang akan memberi manfaat berimpak kepada UiTM komuniti. 

Delegasi ACIS mengunjungi Koleksi Khas Jawi untuk melihat naskhah ulama jawi Nusantara yang pastinya lebih dekat dengan bidang kepakaran sahabat ACIS.

PTAR percaya akan pembudayaan ilmu warga UiTM mempunyai peluang lebih besar merangkumi pelbagai bidang seperti ilmu agama, astronomi, falak, dan banyak lagi subjek yang boleh diteroka bersama. Insya-Allah.

 

ڬالري

⬩ GALERI