ڤڠنلن جاوي

Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman
Gallery Thumb 1

Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdul Rahman | Syeikhul Islam Selangor ( 1876 - 1956 )

Beliau lahir di Ban Sim Dip, Bangkok. Ayahnya adalah Raja Jambu, Patani yang ditangkap oleh Siam dan ditempatkan di istana tersendiri di Ban Sim Dip, Bangkok. Ibunya bernama Kalsum binti Haji Sa'ad, berasal dari India.

Beliau memulakan pengajiannya di Bangkok dan seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Syeikh Abdul Latif Bin Mustaffa al Fathani

2. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani

3. Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani

4. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor

Beliau bersahabat baik dengan beberapa orang alim ulamak lain yang mahsyur dan bersama sama dengan mereka ke Mesir pada tahun 1900 untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan atas suruhan guru mereka Syeikh Wan Ahmad al Fathani . Mereka ialah :

1. Syeikh Muhammad Nur al Fathani - Qadhi Mekah

2. Syeikh Tahir Jalaluddin Minangkabau

Antara jasa yang beliau telah lakukan ialah :

1. Guru di Madrasah Saulatiah

2. Guru di Masjidil Haram

3. Pengasas Sekolah Arab Tahtul Yaman - Sumatera

4. Penasihat di Raja Sultan Selangor

5. Syeikhul Islam Kerajaan Selangor

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa - Sultan Selangor

2. Tengku Haji Ibrahim Shah - Anak Sultan Sulaiman

3. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bin Haji Othman

4. Syeikh Sayyid Mahmud Arif al Bukhari - Ulamak Arab

5. Tuan Guru Ahmad Dahlan Bin Abdul Manan

6. Tuan Guru Haji Abdul Jalil Safwan

7. Syeikh Sayyid Muhsin Bin Ali Bin Abdul Rahman al-Masawi - Palembang

Syeikh Tengku Mahmud juga pernah mengarang beberapa buah kitab . Diantaranya ialah :

1. Al-Faridatus Saniyah wal Khuthbatul Bahiyah - 1321H

2. Janiyatus Tsamarat fi Ta'rifi Ba'dhil Kalimat - 1325H

3. Syarh Tadrijish Shibyan ila Tasywiqil Bayan - 1330H

4. Tsimarul Khuthab al-Mahbarah al-Minbariyah - 1335H

5. Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar - 1339H

6. Pemudahan Yang Disayang - 1343H

7. Tamhidul Manahij al-Adabiyah fi I'rabi Mabanil Ajrumiyah - 1352H

8. Dua Khutbah Bagi Dua Hari Raya Fitrah Dan Adha

Anak beliau yang membesar sebagai seorang ulamak yang besar ialah Syeikh Haji Muhammad atau lebih dikenali " Ulamak Jubah Hitam " oleh penduduk Jambi , Sumatera dan seorang lagi Syeikh Haji Ahmad menjadi ulamak besar di Jambu , Patani .

Beliau meninggal dunia pada usia 80 tahun dan dikebumikan jasadnya di Mekah.

Sumber: Tengku Yusuff

ڬالري

⬩ GALERI