ڤڠنلن جاوي

Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas'udi al-Banjari
Gallery Thumb 1

Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas'udi al-Banjari dikenali sebagai Tuan Husein Kedah al-Banjari ( 1863 - 1936 )

Boleh dikatakan seluruh para penuntut ilmu di pondok pondok sekitar nusantara pasti pernah mendengar nama beliau . Kealiman dan jasa beliau khususnya dalam bidang penulisan kitab turath amat besar dan tidak ternilai .

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Hussein Bin Muhammad Nasir Bin Muhammad Thayyib Bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud Bin Syaikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah al-Banjari dan dilahirkan di Titi Gajah , Kedah . Beliau merupakan generasi ke 6 Syeikh Arsyad al Banjari . Datuknya merupakan pengasas Pondok Titi Gajah .

Beliau mendapat didikan awal dari datuknya dan kemudiannya ke Patani sebelum ke Mekah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Muhammad Thayyib al Banjari - Datuknya

2. Tok Bendang Daya Tua | Syeikh Wan Mustaffa al Fathani

3. Tok Bendang Daya Muda | Syeikh Wan Abdul Qadir al Fathani

4. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al Fathani

5. Syeikh Ahmad Bin Zaini Dahlan

6. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al Makki

7. Syeikh Nawawi al Bantani

8. Syeikh Umar Sumbawa

9. Syeikh Ahmad Umar Bali

10. Syeikh Ahmad Bin Yunus Lingga

11. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani

Setelah pulang dari Mekah pada tahun 1896 , beliau menyambung warisan datuknya sebagai peneraju Pondok Titi Gajah dan telah menghasilkan ramai anak murid yang alim lagi waroq. Diantara mereka ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok

2. Syeikh Idris al Marbawi

3. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Hussin - Anak beliau

4. Tuan Guru Haji Ghazali Bin Arshad Bagan Datok

5. Tuan Guru Haji Yunus - Ayah Tuan Guru Haji Othman Yunusi

6. Syeikh Nawawi Janggut Merah

7. Tok Senik Mak Ngoh al-Fathani

Disamping itu , Tuan Hussin juga telah mengasaskan 5 buah pondok lain iaitu :

1. Pondok Bohor - Alor Setar

2. Pondok Pantai Merdeka - Kuala Muda

3. Pondok Selengkoh - Yan

4. Pondok Padang Lumat - Guar Cempedak

5. Pondok Pokok Sena - Seberang Perai

Antara kitab karangan beliau yang sering kali menjadi rujukan dan digunakan di pondok pondok sekitar Nusantara ialah :

1. An-Nurul Mustafid ( Tauhid )

2. Tamrinush Shibyan ( Tauhid ) (info)

3. Hidayatus Shibyan ( Tauhid & Feqah )

4. Kisarul Aksir ( Tasawuf & Tareekat )

5. Hidayatul Athfal ( Tauhid Bagi Kanak2 )

6. Hidayatul Mutafakkirin ( Tauhid )

7. Tafrihus Shibyan ( Sirah Nabawiyah )

8. Tazkiru Qabailil Qadhi ( Hadis )

9. Bidayatut Thalibin ( Tauhid )

10. Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah ( Sorof )

11. Ushulut Tauhid ( Tauhid & Feqah )

12. Hidayatun Nikah ( Munakahat )

13. Qathrul Ghaitsiyah ( Tasawuf )

14. Majmu'ul La-ali lin Nisa' wal Athfaliyi ( Feqah - Taharoh & Solat )

15. Tabshirah li Ulil Albab ( Tauhid )

16. Hidayatul Ghilman ( Tauhid )

17. Bunga Geti ( Solat )

18. Nailul Maram ( Zikir & Wirid )

19. Tanbihul Ikhwan ( Pemerintahan )

Beliau meninggal dunia ketika berusia 72 tahun dan disemadikan jasadnya di Masjid Tuan Hussin, Titi Gajah.

Sumber: Tengku Yusuff

ڬالري

⬩ GALERI