ڤڠنلن جاوي

Syeikh Abdul Rahim bin Haji Idris al-Kalantani
Gallery Thumb 1

Syeikh Abdul Rahim Idris al-Kalantani (1912 - 1990)

Beliau dilahirkan di Kampung Simpang Lido , Jalan Che Su , Kota Bahru . Ayahnya yang bernama Tuan Guru Haji Idris Hasan merupakan Mufti Kelantan Ke 5 . Ibunya pula yang bernama Hajah Wan Som Binti Haji Wan Mahmud berasal dari Patani .

Mendapat pendidikan awal sedari umurnya 6 tahun . Gurunya yang pertama ialah neneknya sendiri yang bernama Hajah Che Som Binti Che Idris . Pada tahun 1922 sekitar usianya 10 tahun , beliau memasuki Madrasah Muhammadiah .

Selepas 6 tahun disana , beliau memasuki Pondok Kenali selama 2 tahun dan seterusnya ke Mekah pada tahun 1930 .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman Daud al Makki ( 1900-1981) - Cucu Syeikh Nik Mat Kechik

2. Tuan Guru Haji Che Husain Bin Taip

3. Tuan Guru Haji Ismail Palekbang

4. Tuan Guru Haji Hasan Umairah Palekbang ( wafat 1977 )

5. Tuan Guru Haji Wan Ahmad

6. Tok Kenali

7. Tuan Guru Haji Yaakub Legor

8. Tuan Guru Haji Saad Kangkong

9. Tuan Guru Pak Cik Musa

10. Syeikh Nik Mat Besar al Fathani

11. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor

12. Tok Ahyad

13. Syeikh Ibrahim Daud al Fathani

14. Syeikh Omar al Daghastani

15. Syeikh Muhammad Amin al Kutbi

16. Syeikh Salim Shafi

17. Syeikh Khalifah al Nabhani

18. Syeikh Jamil Bin Arif

19. Pak Da Eil Mekah

20. Syeikh Muhammad Arabi al Jazairi

21. Syeikh Ali al Maliki

22. Syeikh Omar Hamdan al Maghribi

Selepas menutut ilmu di Mekah 4 tahun , beliau dibenarkan mengajar di Masjid Haram dan seterusnya mengajar pula di Madrasah al Falah . Beliau mengajar di kedua dua tempat ini sehingga bersara yakni pada tahun 1974 ( Masjidl Haram ) & 1975 ( Madrasah al Falah ) iaitu hampir 39 tahun .

Diantara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Haji Hasbullah Mohd Hasan - Mufti Kelantan

2. Tuan Guru Haji Hassan Ismail Mentuan

3. Tuan Guru Haji Ismail Nik Abdul Rahman

Antara karya-karya beliau:

  1. Sepuluh Binatang dalam Syurga
  2. Bicaraan pada Keadaan Loteri Kebajikan
  3. Bekal Bagi Tok Haji dan Tok Lebai
  4. Tarikh Masjid al-Madinah al-Munawarah
  5. Lunas Perceritaan : Tarikh Kaabah Al Musyarrafah
  6. Pendahuluan Haji dan Umrah dalam Empat Mazhab

Beliau meninggal dunia di Madinah ketika berusia 78 tahun.

Sumber: Tengku Yusuff

ڬالري

⬩ GALERI