Haji Abdullah Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubok Tapah merupakan pakar rujuk bidang fiqah dan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan pada 9 Februari 2005. Haji Abdullah dilahirkan di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas pada 11 Februari 1933 mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan yang mengasaskan Pondok Lubok Tapah sehingga berusia 20 tahun. Kemudian Haji Abdullah melanjutkan pengajiannya ke Tanah Suci Makkah selama 14 tahun dari 1953. Haji Abdullah berguru dengan ramai ulama nusantara dan Arab termasuk Al-Syeikh Ismail Abdul Qadir Al- Fatani, Al-Syeikh Abdul Qadir Abdul Muttalib Al-Mandili, Al-Syeikh Hasan Muhammad Al-Massyat dan Al-Syeikh Sayyid A'lawi Sayyid Abbas. Haji Abdullah meninggal dunia pada 20 Mac 2008 ketika usia 75 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Tapah. Beliau merupakan bapa kepada S.S. Datuk Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan ini turut menyumbang kepada pembangunan untuk kemudahan penduduk sekitar.
ڬالري
⬩ GALERI