Image

مطلع البدرين ومجمع البحرين
Matla' al-Badrain Wa Majma' al-Bahrain

ڤڠارڠ : شيخ محمد بن اسماعيل داود الفطني
Pengarang : Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani

ڤنربيت : مكتبه ومطبعة محمد النهرى واولاره
Penerbit : Maktabah wa Matba'ah Muhammad An-Nihra wa Aularah

- : جيليد / ايديسي
Jilid / Edisi : -

لوكاسي : (K1) کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi (K1)

باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal

بيدڠ : عباده
Bidang : Ibadah

موك سورت : 232
Muka Surat : 232

- : ا س ب ن
ISBN : -

- : تاهون تربيتن
Tahun Terbitan : -

هيتس : 58
Hits : 58


Matla' al-Badrain Wa Majma' al-Bahrain - Muhammad Bin Ismail Daud Fatani

Matla’ Al-Badrain Wa Majma’ Al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut), merupakan antara kitab Fekah yang terkenal di Tanah Melayu. Kitab ini pernah menjadi antara rujukan utama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie di Nusantara.

Pengarangnya Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani atau juga dikenali Syeikh Nik Mat Kecik merupakan cucu saudara kepada ulama termasyhur di alam Melayu, Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Di dalam kitab ini beliau menggabungkan pelbagai perbahasan ilmu Fekah lengkap, terdiri daripada bab ibadat, muamalat, munakahat dan jenayat. Juga didatangkan di awal kitab perbahasan tentang ilmu Kalam yang membincangkan sifat-sifat Allah SWT dan Rasul-Nya dan beberapa perkara sam’iyyat yang lain yang terkandung di dalam rukun iman.

Kata pengarang kitab:

"Adapun kemudian daripada itu, maka lagi akan berkata hamba yang berdosa lagi yang menghelakan dia iaitu Muhammad Ibnu Ismail Daud Fatani: 

Bahawasanya tatkala menuntut daripada aku oleh walidku bahawa ku himpunkan baginya sesuatu daripada kelebihan ilmu dan 'aqaid yang dibangsakan dia kepada agama, dan ku himpunkan kepada yang demikian itu setengah barang yang tak dapat tiada daripadanya beberapa bab ilmu fiqh, yang diterjemahkan dia dengan bahasa kami supaya menghampirkan fahamnya atas segala mengikut aku akan surahnya, kerana mengharapakan mendatangi dengan setengah daripada kebajikan.

Maka aku himpunkan di dalam ta'lif ini, beberapa masalah yang diikhtisarkan dia daripada bilangan-bilangan beberapa kitab iktibarkan dia. 

Maka sekalian barang yang di dalam ta'lif ini dipungutkan dia daripada mutiara beberapa kitab yang tersebut, dan dibangsakan dia kepadanya maka barang yang ada ia padanya daripada yang betulnya dan sebenarnya, maka daripada barang yang dikandungkan dia padanya dan yang disimpankan di dalamnya. 

Dan barang yang ada padanya daripada salah dan tiada sebenarnya, maka daripada tersalah dan tergelincir qalam daripada menyusunkan setengah daripada ibarat, maka yang diharapkan daripada mereka yang termulia yang melihat ia atasnya, bahawa dibaiki akan dia dengan lemah lembut dan dihapuskan segala bekas-bekas yang tergelincirnya. 

Maka orang yang mulia itu, mereka yang mengembalikan kesalahan, dan gugur saudaranya, dan melepaskan dia daripada aib yang tergelincir qalamnya padanya. 

Dan aku namai akan dia: Matla' al-Badrain Wa Majma' al-Bahrain."