![Image](../cover/41new.png)
ميفته الجنة
Miftah Al-Jannah
ڤڠارڠ : محمد طيب بن مسعود البنجري
Pengarang : Muhammad Taib ibn Mas'ud Al-Banjari
ڤنربيت : ڤرچيتقن المعارف
Penerbit : Percetakan Al-Muarif
- : جيليد / ايديسي
Jilid / Edisi : -
لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi
- : باهن
Bahan : Digital & Fizikal
- : بيدڠ
Bidang : Akidah
موك سورت : 43
Muka Surat : 43
- : ا س ب ن
ISBN : -
- : تاهون تربيتن
Tahun Terbitan : -
هيتس : 28
Hits : 28
Kitab Miftah al-Jannah (مفتاح الجنة) adalah sebuah karya dalam bidang aqidah (Usuluddin) yang disusun oleh Syaikh Muhammad Thayyib bin Mas`ud al-Banjari dalam bahasa Melayu (Jawi). Kitab ini merupakan terjemahan dan huraian bagi kitab Umm al-Barahin, karya Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al-Hasani al-Tilimsani (832-895H).
Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Thayyib dalam bahasa Melayu bagi memudahkan umat Islam mempelajari dan memahami ilmu aqidah. Kata beliau;
“ Dan ada pun kemudian dari itu, tatkala ku lihat akan kebanyakan daripada orang Jawi tiada faham mereka itu akan kalam Arab kerana lemah mereka itu pada menuntut ilmu yang bahasa Arab, maka tiadalah mengenal oleh setengah daripada mereka ituakan tafsil segala ‘aqa-idul iman dan tiada mengenal ia akan dalilnya yakni tiada mengenal kebanyakan mereka itu akan tafsil simpulan iman yang lima npuluh seperti yang tersebut di dalam kitab Kifayatul ‘Awam atau enam puluh atau enam puluh enam seperti yang tesebut di dalam Umm al-Barahin. Dan tiada mengenal mereka itu akan dalilnya yang ijmali tetap dalil sekalian ‘aqa-id yang tersebut ”.