
ڤلاجران فقه المعين المبين
Pelajaran Feqah al-Mu'in al-Mubin
ڤڠارڠ : عبد الحميد حاکيم
Pengarang : Ustaz Abdul Hamid Hakim
ڤنربيت : مکتبة مرعي
Penerbit : Maktabah Marie
جيليد / ايديسي : 2
Jilid / Edisi : 2
لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi
باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal
بيدڠ : عباده
Bidang : Ibadah
موك سورت : 160
Muka Surat : 160
- : ا س ب ن
ISBN : -
- : تاهون تربيتن
Tahun Terbitan : -
هيتس : 35
Hits : 35
Kitab al-Mu’in al-Mubin
Kitab al-Mu’in al-Mubin (المعين المبين) atau judul lengkapnya Pelajaran Fiqh al-Mu’in al-Mubin merupakan sebuah kitab fiqh yang diterjemahkan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu ( asalnya tulisan Jawi) oleh Ustaz Syarif Zaini Daud.
Kitab ini diterjemahkan dari kitab asalnya yang juga berjudul al-Mu’in al-Mubin (المعين المبين) atau judul lengkapnya al-Durus al-Fiqhiyyah al-Mu’in al-Mubin (الدروس الفقهية المعين المبين), karya Syaikh Abdul Hamid Hakim (1893-1959M), yang bergelar Tuanku Mudo, seorang seorang ulama terkemuka Indonesia yang berasal dari Minangkabau (Sumatera Barat). Beliau terkenal sebagai ulama usul fiqh yang telah meninggalkan beberapa karya dalam bidang usul fiqh, iaitu kitab Mabadi’ Awaliyyah, al-Sulam dan al-Bayan.
Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Di antara kandungan jilid 1 adalah berkenaan: Kitab Ath Thaharah (Hukum Bersuci) dan Kitab Ash-Shalat (Bicara Sembahyang)
Manakala jilid ke-2 adalah berkenaan: Sambungan Kitab Ash-Shalat, Kitab Al-Jana'iz (Perkara Mati), Kitab Az-Zakat (Darihal Zakat), Kitab Asy-Syiam (Darihal Puasa) dan Kitab Al-Hajj Wal `Umrah (Darihal Haji dan `Umrah).
Kandungan jilid ke 3 adalah berkenaan : Kitab Mu'amalat (kerja-kerja Hidup), Kitab Umra dan Ruqba, Kitab Hibah-sedekah-Hadiah, Kitab Al-Wadi'ah (Barang Petaruhan), Kitab Luqatah, Kitab Ihya' Al-Mawat, (Menghidupkan Bumi Yang Mati), Kitab Bai' Al-Ikrah (Beli paksa), Kitab AI-Ghashab (Rampasan) Kitab Al-Washaya (Wasiat-Wasiat), Kitab Waqaf, Kitab Ath-Tha'am (Darihal Makanan), Kitab Udhiyyah (Penyembelihan) dan Ash-Shaid.
Manakala jilid ke 4 pula membicarakan berkenaan: Kitab An-Nikah, Kitab Ath-Thalaq, Kitab Mut'ah, Kitab Khulu' , Kitab IIa', Kitab Zihar, Kitab Qazaf (Tuduhan), Kitab Li'an, Kitab khiyar (sebab-sebab khiyar Di dalam Nikah), Kitab `Iddah, Kitab Ruju', Kitab Al-Hadhanah (Asuhan) dan Kitab Aqiqah.