
تفسير نور الإحسان
Tafsir Nurul Ihsan
ڤڠارڠ : حاج محمد علي بن حاج محمد راوا
Pengarang : Haji Muhammad Ali bin Haji Muhammad Rawa
ڤنربيت : دڤرسام ڤريس
Penerbit : Dipersama Press
جيليد / ايديسي : 4
Jilid / Edisi : 4
لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi
باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal
بيدڠ : قرءان
Bidang : Quran
موك سورت : 311
Muka Surat : 311
- : ا س ب ن
ISBN : -
تاهون تربيتن : 1956
Tahun Terbitan : 1956
هيتس : 46
Hits : 46
Kitab Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah terjemahan serta tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu yang ditulis oleh al-Qadhi Haji Muhammad Sa'id bin Umar bin Aminuddinbin Abdul Karim (1275H/1857M - 1350H/ 1932M). Pengarang kitab ini adalah merupakan Qadhi daerah Jitra, Kedah. Tafsir Nur al-Ihsan adalah merupakan tasfir kedua yang ditulis didalam bahasa Melayu / Jawi selepas Turjuman al-Mustafid oleh Syaikh ‘Abdur Rauf ‘Ali al-Fanshuri.
Tafsir Nur al-Ihsan terdiri daripada empat juzuk (jilid). Juzuk pertama, terkandung terjemahan dan tafsir al-Quran mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah, setebal 296 halaman.
Juzuk kedua, dari surah al-An'am hingga surah al-Isra setebal 429 halaman.
Juzuk ketiga pula kandungannya mulai surah al-Kahfi hingga az-Zumar, setebal 432 halaman.
Juzuk keempat pula mengandungi surah al-Mukmin hingga surah an-Nas setebal 387 halaman. Ia selesai ditulis pada 1 Rabiulakhir 1346H / 27 Jun 1927.