Image

مجموعات الصلوات مع حکمتها : ڤرهيمڤونن صلوات دان حکمتڽ٢
Majmuat as-Solawat ma'a Hikmatuha : Perhimpunan selawat dan hikmat-hikmatnya

ڤڠارڠ : داتوء کياي حاج شمس الدين بن حاج رضوان
Pengarang : Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Redzuan

ڤنربيت : فرچيتقن محمدية ڤاريت جوا
Penerbit : Percetakan Mohamadiyah Parit Jawa

- : جيليد / ايديسي
Jilid / Edisi : -

لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi

باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal

بيدڠ : عباده
Bidang : Ibadah

موك سورت : 38
Muka Surat : 38

- : ا س ب ن
ISBN : -

تاهون تربيتن : 1981
Tahun Terbitan : 1981

- : هيتس
Hits : -


 Kitab ini mengandungi himpunan salawat yang masyhur. Ini termasuklah Salawat Tafrijiyyah dan Salawat Syifa`. Pengarang iaitu Almarhum Tuan Guru Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama yang sangat dihormati khususnya di selatan semenanjung. Beliau  pernah dilantik menjadi Imam Kariah dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk bagi kawasan Bukit Serampang, Muar, Johor. Almarhum Tuan Guru juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis Di-Raja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor. Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan turut mempunyai kemahiran dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman darurat, beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi mempertahankan maruah agama.