ڤڠنلن جاوي

Gurindam 12
Gallery Thumb 1
Raja Ali Haji merupakan tokoh karya agung yang telah banyak menyumbangkan bakti dalam dunia penulisan. Beliau telah banyak menulis karya dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, kesusasteraan, bahasa, dan sejarah. Penguasaan beliau dalam pelbagai bidang mampu memberikan kekuatan pada setiap karya yang dihasilkan. Beliau menghasilkan karya yang kreatif dan mempunyai penghayatan yang mendalam dari sudut pemikiran para intelektual.
            Gurindam Dua Belas atau The Twelve Aphorism adalah salah satu mahakarya Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad. Gurindam adalah sajak dua baris yang mengandung petuah atau nasihat. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad menuliskan Gurindam Dua Belas pada 1847, sebelum mahakarya dia yang lainnya yaitu Tuhfat al-Nafis. Kesungguhan beliau dalam membimbing masyarakat Melayu dapat dilihat dalam gurindam ini dengan jelas sekali. Melalui gurindam ini, pengarang menyampaikan ilmu tasawuf yang bersumberkan dari ajaran agama yang sebenar kepada pembaca. Ilmu tasawuf juga melingkungi pendidikan moral kepada masyarakat supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu dalam melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka.
            Oleh itu, nasihat-nasihat yang disampaikan oleh Raja Ali Haji berdasarkan fenomena latar masyarakat Melayu pada masa itu perlulah dijadikan pedoman kepada semua pembaca. Selain itu, keindahan bahasa dan nilai estetika yang digarap oleh pengarang untuk menghasilkan karya ini perlu dijadikan contoh kepada pengkarya-pengkarya muda agar dapat menghasilkan sesuatu karya yang mempunyai nilai estetika tinggi seperti karya-karya agung yang terdahulu.

ڬالري

⬩ GALERI