MOBILE LIBRARY@PST DI KOLEJ DELIMA

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Pengurusan Kolej Delima UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di perkarangan Kolej Delima Blok 3 bermula dari jam 2.00 petang sehingga Jam 4.30 petang


Program Mobile library PTAR ini telah disambut dengan sangat baik oleh warga Kolej Delima terutamanya melalui sambutan mesra Pengetua Kolej Delima, Ts. Dr. Noradzhar Baba, kakitangan Kolej Delima serta JPK Kolej Delima yang turut terlibat sama didalam usaha menarik pelajar menyertai program yang dijalankan. Penerangan kepada lebih 50 orang pengguna mengenai applikasi mobile apps PTAR telah membuka pengetahuan baru kepada pelajar mengenai gerbang ilmu PTAR yang kini boleh diakses menggunakan peranti pintar mereka


Objektif penganjuran ini adalah 

1. Meningkatkan lagi budaya membaca yang disebar luas kepada golongan pelajar dan staf yang terlibat 

2. Menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan.

SDG Goals