Mobile Library@PST

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam bermula 12.00 tengah hari sehingga Jam 2.00 petang.

Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM menjadi pilihan bagi penganjuran Program Mobile Library kali ini adalah kerana golongan yang menjadi sasaran sebagai peminjam bahan adalah dari kalangan kakitangan UiTM dan keputusan ini terbukti berhasil apabila dilihat daripada sambutan kakitangan yang terlibat. Bahan bacaan berunsur keagamaan dan motivasi menjadi pilihan kakitangan ketika program ini dijalankan. Terdapat juga 2 pengunjung luar yang turut menyertai program ini


Objektif penganjuran ini adalah

1. Meningkatkan lagi budaya membaca yang disebar luas kepada golongan pelajar dan staf yang terlibat.

2. Menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan.

3. Penyediaan Perkhidmatan pinjam pulang dan konsultasi penyelidikan secara langsung di lokasi.

SDG Goals