Book Talk with Author : Mari Mengenali Logo: 3 Langkah Mudah Menghasilkan Logo Berimpak
OBJECTIVE
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati untuk menguar-uarkan satu lagi program iaitu “Booktalk with Author”. Program ini bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang ringkasan video bertajuk “Logo Mari Mengenali: 3 Langkah Mudah Menghasilkan Logo Berimpak”. Program ini merupakan program yang membincangkan kepentingan logo dan perkongsian tentang pengetahuan di kalangan pakar dan profesional dalam bidang masing-masing. Objektif program yang dianjurkan oleh penerbit UiTM itu adalah untuk mempromosikan perkongsian ilmu dan penyebaran maklumat. Inspirasi daripada Allayarham Profesor Madya Dr Hashim Hassan.