Pameran Book2U: Kolesterol
OBJECTIVE
7 Mac 2024 (Khamis) - Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Bukit Besi telah berjaya mengadakan satu Pameran Book2U Kolesterol sempena Program Healthy Day anjuran Unit Kesihatan UiTMCT Kampus Bukit Besi dengan kerjasama Unit Perpustakaan. Kolaborasi kali ke-2 ini masih mengekalkan lokasi yang sama iaitu di Ruang Legar Unit Kesihatan dengan menampilkan tema berbeza pada tahun ini iaitu Less Cholesterol berbanding Diabetes pada tahun lepas. Mengikut tema yang dipilih, Perpustakaan mengambil peluang untuk mempamerkan koleksi buku-buku berkaitan Kolesterol untuk tatapan dan bacaan kepada pengunjung sepanjang program ini berlangsung. Selain menyediakan pelbagai informasi berkaitan bahayanya kolesterol kepada manusia, perpustakaan juga turut menyajikan buku-buku masakan menu sihat kurang kolesterol sebagai sumber alternatif kepada mereka yang ingin mengatasi masalah kolesterol tinggi dalam badan. Sejajar dengan kempen Read@UiTM, program seumpama ini juga merupakan platform terbaik menarik minat pengunjung kepada galakan membaca.