Webinar Speed Reading
OBJECTIVE
6 Mac 2024, Rabu – Webinar Speed Reading ini dianjurkan oleh pihak Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka. Program telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi WEBEX. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pensyarah UiTM Cawangan Melaka tentang kemahiran speed reading dikalangan staf UiTM dalam membantu proses pembacaan dan penulisan penyelidikan secara sistematik dan cekap serta dapat membantu meningkatkan hasil penulisan dan penyelidikan di seluruh universiti. Speed Reading atau Bacaan Pantas adalah kombinasi kemampuan gerakan mata atau kemampuan visual dengan kemampuan kognitif individu dalam membaca. Proses yang melibatkan kombinasi antara kepantasan membaca dengan pemahaman isi bacaan. Seramai 80 orang peserta yang telah menyertai webinar ini yang terdiri daripada pensyarah UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Bandaraya Melaka, Jasin dan juga Shah Alam.