Majlis Perasmian Program Pocket Talks

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Pocket Talks (Siri 2) dan Bengkel e-TUIS pada 17 April 2024 (Rabu) bertempat di ruang Library Community Engagement. Seramai hampir 100 orang telah menghadiri majlis perasmian yang terdiri daripada tetamu kehormat dan kesatuan-kesatuan sekerja dari seluruh Malaysia. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab telah sudi menyempurnakan perasmian program dengan disaksikan oleh Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib dan Ketua Pustakawan PTAR Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. e-TUIS atau Electronic Trade Union System milik JHEKS, Kementerian Sumber Manusia dibangunkan sebagai medium dalam talian bagi memproses pendaftaran kesatuan sekerja, pindaan maklumat kesatuan, penukaran ahli jawatankuasa, pemantauan kewangan kesatuan dan penjadualan aktiviti. 

SDG Goals