Majlis Perasmian Program Psikososial Anjuran Bersama MiTASA dan PTAR
OBJECTIVE
Isnin,
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun
Abdul Razak UiTM (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Risiko
Psikososial Tempat Kerja pada:
Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa:9:30 pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR
Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah sudi
menyempurnakan majlis perasmian di hadapan hampir 80 orang yang terdiri
daripada Presiden MITASA YBrs. Saharuddin Lin dan Ketua Pustakawan Ts Haji
Azizi Haji Jantan.
Profesor Datuk Dr. Shahrin menyatakan penganjuran program Saringan
Psikososial Tempat Kerja adalah bertepatan dengan waktunya berikutan trend
gangguan psikologi ditempat kerja semakin meningkat. Justeru, warga UiTM
digalakkan merebut peluang ini bagi menjamin kesihatan mental individu.
Majlis berakhir jam 1:00 petang.