Budaya Ilmu - Speed Reading Program

Standard Post with Image

OBJECTIVE

13 Mei 2024 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kolej Alam Pengajian Bina (KAB) Puncak Alam telah mengadakan Program Bacaan Pantas bersama pihak sekolah. Program bacaan pantas ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Diana Jasni (Timbalan Ketua Pustakawan) PTAR Kampus Puncak Alam UCS kepada pelajar tingkatan tiga seramai 66 orang murid dan 2 orang guru telah terlibat. Pada pogram tersebut, para pelajar telah diberikan ceramah bacaan pantas, sesi brain gym, latihan mata serta ujian pengukuran bacaan pantas.
Simbolik kepada kemuncak pengnjuran program ini adalah sesi penyerahan sumbangan bahan bacaan kepada pihak Pusat Sumber Sekolah. Sebanyak 48 buah naskah buku bacaan umum telah berjaya disumbangkan. Penyerahan sumbangan bahan telah disampaikan oleh Encik Arshad Bin Bujang (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) PTAR Kampus Puncak Alam.

SDG Goals