Khidmat Komuniti Bersama Pelajar Sekolah Negeri Selangor : Kolej Vokasional Klang

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Sesi kali ini, PTAR menerima Kumpulan pelajar seramai 19 orang dan diiringi 5 orang guru pengiring. Rombongan tiba di Pintu Masuk UiTM jam 8:40 pagi dan diiringi oleh Polis Bantuan hingga ke Perpustakaan Tun Abdul Razak. Mereka seterusnya disambut oleh team Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan serta dua orang sukarelawan pelajar yang kemudian dibawa melawat pameran Sejarah 39 Perpustakaan UiTM di Galeri Perpustakaan Tun Abdul Razak. Kumpulan pelajar ini sangat teruja melihat pameran item yang tidak pernah dilihat seperti microfiche, mesin taip jawi dan kabinet kad katalog. Seterusnya, kumpulan ini dibawa ke Makmal Komputer untuk sesi Basic Word Formatting yang dikendalikan oleh Encik Muhamad Zaidie Bardan. Beliau memberikan tunjuk ajar paling mudah, tips dan teknik untuk aplikasi tersebut. Kumpulan pelajar termasuk guru sangat teruja dengan ilmu yang diperoleh dan berpeluang menghasilkan laporan ringkas menggunakan kaedah yang diajar. Sesi ringkas dan padat tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kumpulan ini seterusnya dibawa Experiential Tour di dalam perpustakaan yang dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman, Pustakawan Kanan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Mereka dibawa melihat dan merasai suasana pembelajaran, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk warga UiTM. Agenda seterusnya adalah Campus Tour yang dikendalikan oleh Sukarelawan Pelajar. Kumpulan diberi penerangan ringkas berkenaan lokasi sekitar kampus dan lokasi berakhir di Kolej Pengajian Kejuruteraan. Di sini, kumpulan pelajar serta guru disambut oleh team Perpustakaan Kejuruteraan yang diketuai oleh Puan Rizana Mohd Radwan dan seterusnya dibawa ke Makmal Termodinamik dan Bengkel Automatif. Pelajar merasai sendiri pengalaman mengendalikan mesin serta peralatan canggih. Lawatan berakhir jam 12:30 tengah hari dan mereka sangat berterima kasih kepada PTAR untuk peluang ini dan tentunya UiTM akan menjadi pilihan utama mereka untuk meneruskan pengajian.

SDG Goals