𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐀𝐈): 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pelajar Sarjana Pengajian Perang Saraf Media Dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak berjaya menganjurkan program 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐀𝐈): 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤. Hasrat program dialog intelek ini untuk mewujudkan interaksi bersama dengan pakar bagi membincangkan isu-isu perang saraf di Malaysia dari aspek komunikasi strategi yang berkesan daripada perspektif media dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, etika, cabaran, pelaksanaan, kecekapan dan kreativiti dalam penyampaian mesej berkesan.
Jemputan panel adalah Encik Ally Iskandar, Penerbit Eksekutif, Pengurus Omnia Academy, Media Prima dan Encik Azad Khan, Penolong Pengarah, Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia serta dimudahcara oleh Saudara Muhammad Amirul Abrar Abdullah, Pelajar Sarjana Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi. Wacana ini turut dihadiri Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, pelajar dan alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

SDG Goals