U-Digitaloka: Debate Competition

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pelajar Semester 4 (MC248) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Kementerian Digital Malaysia telah berjaya menganjurkan program U-Digitaloka: Debate Competition pada 24 Jun 2024 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 30 orang mahasiswa yang terlibat sebagai peserta dan pengurusan majlis serta tetamu jemputan hadir memeriahkan program tersebut.
U-Digitaloka: Debate Competition juga menampilkan Puan Asmah Sabtu, Pustakawan Kanan, Bahagian Korporat dan Kolaborasi PTAR selaku juri pertandingan tersebut.
Mahasiswa program U-Digitaloka: Debate Competition dilihat mampu menterjemahkan pandangan bernas serta yakin dalam berhujah serta mempertahankan pendapat mereka. Itulah yang diharap untuk menyediakan mahasiswa yang kompeten dan cerdas pada masa akan datang. Ia juga secara tidak langsung menyediakan mereka untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang kini mudah didapati secara atas talian dan juga bercetak.
Perpustakaan Tun Abdul Razak selaku rakan kolaborasi sentiasa meraikan usaha mahasiswa UiTM untuk menganjurkan program ilmiah seperti ini.

SDG Goals