Program Khidmat Masyarakat bersama Sekolah-Sekolah Negeri Selangor: Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD Klang)
OBJECTIVE
Program pada 23, 24 dan 29 Julai 2024 merupakan Program Khidmat Komuniti dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Sejumlah 72 orang pelajar Tingkatan 6 dan 18 orang guru daripada lima buah sekolah yang terpilih (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, SMK Tinggi Klang, Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dan SMK Sungai Kapar Indah) telah menyertai program khidmat komuniti pada hari tersebut.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan literasi maklumat dan kemahiran bacaan pantas dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Dengan modul Literasi Maklumat dan Bacaan Pantas yang disusun rapi, para peserta didedahkan kepada pelbagai teknik dan strategi yang berguna untuk pengembangan diri dan kecemerlangan akademik.
Kami berharap program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang lebih holistik.