Mobile Library Sempena Program Diskusi Jawi Bersama Industri

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Mobile Library kembali lagi menyertai program Diskusi Jawi Bersama Industri anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), Jabatan Pemerkasaan Adiwangsa dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam pada 11 Julai 2024 bertempat di Dewan Muktamar, Masjid UiTM Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 Tengah hari.

PTAR membawakan Koleksi Jawi untuk dikongsikan kepada pengunjung. Antara yang mendapat sambutan warga Universiti adalah koleksi Quran yang terkecil, kitab-kitab lama dalam tulisan Jawi,  mesin taip versi Jawi dan juga Repository Persuratan Jawi yang boleh diakses melalui: https://mykm.uitm.edu.my/jawi/

SDG Goals