Taklimat Perpustakaan: Perkongsian Kepakaran Pustakawan
OBJECTIVE
Perpustakaan Tun Abdul Razak menerima kunjungan pelajar dari SMK Taman Bunga Raya (1) yang terdiri daripada pengawas perpustakaan seramai 40 orang dan diiringi oleh 4 orang guru Perpustakaan & Media. Pelajar dan guru diberikan taklimat mengenai pengurusan perpustakaan secara menyeluruh oleh Puan Norazlin Mohd Yusof.
Melalui taklimat tersebut, para pelajar dan guru diperkenalkan kepada kategori-kategori perpustakaan, struktur pengurusan perpustakaan dan proses serta perkhidmatan yang dijalankan di perpustakaan khususnya di PTAR.
Sesi taklimat diakhiri dengan lawatan Perpustakaan.