Mobile Library 4.0

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Mobile Library merupakan program anjuran PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah dijalankan pada  27 Ogos 2024 bertempat di Bangunan DInamik, UiTM Kampus Dengkil melibatkan 95 penyertaan daripada kalangan pelajar dan kakitangan. Program ini telah  berlangsung selama 2 jam dimana antars perkhidmatan yang ditawarkan seperti pinjaman bahan perpustakaan, pemulangan bahan perpustakaan, dan perkhidmatan konsultasi pengguna.

Objektif utama pelaksanaan Mobile Library ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan bagi menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang. Program ini juga dianjurkan bertujuan bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Dengan penganjuran program sebegini ia akan memberi impak kepada seluruh warga kampus terutamanya dalam :

  1. Memupuk jalinan harmoni antara PTAR dan seluruh warga Asasi Kampus Dengkil melalui program yang dianjurkan.
  2. Memberikan makluman terkini berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di PTAR Kampus Dengkil.
  3. Mempromosikan Perkhidmatan Perpustakaan digital PTAR termasuk perkhidmatan dan kemudahan disediakan PTAR.

Pelaksanaan program diharapkan dapat menyokong kepada pelaksanaan program galakan membaca dengan pengisian aktiviti dan dapat membudayakan minat membaca dalam kalangan pengguna perpustakaan.

SDG Goals