1 Sukarelawan, 1 Buku : Book Review

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pada 23 Ogos 2024 yang lalu, PTAR Kampus Dengkil bersama-sama Briged Sukarelawan Perpustakaan telah mengadakan program 1 Sukarelawan,1 Buku : Ulasan Bahan Bacaan di Aras 1, PTAR Dengkil. 

Program ulasan bahan bacaan ini telah berlangsung selama 2 jam dimana melibatkan penglibatan lebih 54 orang pelajar daripada pelbagai program. Didalam program ini peserta perlu memberikan ulasan

berkenaan bahan yang telah mereka pinjam daripada Perpustakaan. Melalui sesi perkongsian ini pelbagai manfaat yang boleh diperolehi antaranya :

1) Menggalakkan penggunaan bahan koleksi perpustakaan dalam kalangan pelajar. 

2) Menjadikan Perpustakaan sebagai wadah aktiviti mahasiswa untuk menjana masyarakat bermaklumat dan berilmu.

3) Menyokong usaha kerajaan untuk membudayakan sifat suka membaca di kalangan warga Pusat Asasi.

Beberapa pelajar terpilih telah bersama-sama berkongsikan berkenaan bahan bacaan mereka kepada rakan-rakan yang lain. Melalui program ini, pihak Perpustakaan telah menerima beberapa maklumbalas positif daripada

para pelajar dimana mereka amat menyukai sesi sebegini dimana mereka dapat mengetahui isi sesuatu naskah/koleksi melalui perkongsian. Antara naskah yang telah dikongsikan oleh para pelajar ialah Subhas Ananda : The

Best I Could, Arkitek Jalanan, Royal wedding, Olimpik dan Start Again. Melalui penganjuran program ini, pihak perpustakaan amat berharap agar para pelajar mendapat pelbagai manfaat dan ilmu untuk diaplikasikan didalam 

kehidupan mereka.

SDG Goals