Tabata Merdeka anjuran Kelab Ekstrim dengan kerjasama Briged Sukarelawan Perpustakaan dan PTAR Dengkil

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Program Tabata Merdeka merupakan program anjuran Kelab Ekstrim dengan kerjasama Briged Sukarelawan Perpustakaan dan PTAR Dengkil. Program ini dianjurkan pada 30 Ogos 2024 yang lalu bertempat di Arena PTAR. Program yang bermula seawal jam 3.00 petang ini telah dihadiri ratusan pelajar daripada pelbagai program dari Pusat Asasi.  Melalui program ini pelbagai rutin senaman telah dijalankan sepanjang 1 jam sesi ini berlangsung. Objektif utama bagi penganjuran program ini adalah :

  1. Melahirkan warga UITM yang sihat dan cergas 
  2. Meningkatkan Kesihatan Fizikal dan Mental.
  3. Memberikan pendedahan kepada pengurusan kesihatan.

Melalui penganjuran program ini, PTAR amat berharap agar objektif pelaksanaan program dapat dicapai dan memberikan manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

SDG Goals