Asas Bacaan Pantas bersama SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Program Asas Bacaan Pantas (Speed Reading) telah diadakan pada 3 Ogos 2024 di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak, dengan penyertaan seramai 37 orang pelajar dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan membaca dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan mereka kepada pelbagai teknik bacaan pantas.

Dalam program ini, para pelajar diperkenalkan dengan teknik-teknik seperti kaedah fiksasi mata, yang membantu fokus pandangan mata semasa membaca, serta penggunaan jari sebagai panduan bagi meningkatkan kelajuan membaca. Sesi latihan dan bimbingan ini dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, seorang Pustakawan Kanan yang berpengalaman. 

Melalui penguasaan kemahiran membaca pantas ini, pelajar dapat meningkatkan keupayaan untuk memahami dan mengingat maklumat daripada bahan bacaan dengan lebih efisien dan pantas. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar menjadi pembaca yang lebih berdaya saing serta mampu mengaplikasikan kemahiran ini dalam pembelajaran mereka.


SDG Goals