Literasi Maklumat bersama SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima kunjungan 37 orang Pengawas Sekolah Tingkatan 3 dan 4, diiringi oleh 4 orang guru dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, bagi menyertai Program Khidmat Komuniti Literasi Sekolah. Program yang diadakan pada 3 Ogos 2024 ini merupakan inisiatif untuk memperkasa budaya ilmu dan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan komuniti sekolah.

Sepanjang program ini, para pelajar didedahkan kepada teknik dan tips pencarian maklumat yang berkesan menggunakan pelbagai sumber seperti katalog perpustakaan dalam talian, pangkalan data atas talian dan juga enjin carian seperti google search. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Norazlin Mohd Yusof, Pustakawan Kanan di Unit Perkhidmatan Pelanggan.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan kepada teknik penilaian maklumat bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan sumber yang diperolehi. Aktiviti interaktif seperti kuiz literasi maklumat turut diadakan bagi memantapkan pemahaman pelajar. 


SDG Goals