π¦π£πππ π₯πππππ‘π @π£ππππππ§ π₯πππ§π’π₯
OBJECTIVE
Perpustakaan Datoβ Jaafar Hassan telah menjalankan Program Speed Reading @Pejabat Rektor pada hari Khamis, 22 Ogos 2024 bertempat di Makmal Komputer PDJH2. Sasaran pada bengkel pada kali ini ialah kakitangan Pejabat Rektor UiTM Perlis. Penceramah pada program ini ialah En. Khairil Izwan Hasan, Pustakawan PDJH dibantu oleh Pn. Nur Farahanim Abdull Jamal dan Pn. Siti Nur Shuhada Hairol Nizam, Pembantu Pustakawan sebagai fasilitator. Program bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
β’ Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas.
β’ Meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca.
β’ Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
β’ Mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.
β’ Perkongsian ilmu melalui bahan bacaan daripada peserta juga akan turut dijalankan
Program Speed Reading kali ini dihadiri seramai 7 kakitangan Pejabat Rektor yang mewakili Unit Korporat, Unit Kualiti, Unit Audit Dalam dan Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Perlis. Peserta yang hadir didedahkan dengan perkhidmatan MyKM Portal dan demonstrasi semakan pinjaman buku di perpustakaan dijalankan sebelum program bermula.