1 STAF 1 BUKU: SEGMEN REFLEKSI 5 OGOS 2024
OBJECTIVE
Segmen Refleksi Ogos 2024 merupakan salah satu program di dalam Kempen 1 Staf 1 Buku. Program ini telah berlangsung pada 5 Ogos 2024 bertempat di Makmal Komputer PDJH1. Objektif program ini adalah:
• Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan dan galakan membaca.
• Menonjolkan kepakaran kakitangan, perkongsian ilmu dan amalan terbaik
• Meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian maklumat bagi kakitangan
• Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
Pembentang pertama ialah En. Asneezam Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan dengan ulasan buku bertajuk Pendinding Syaitan dan Petua Merawat Penyakit. Pembentang berkongsi intipati buku dengan membawakan beberapa contoh yang menarik berkenaan penggunaan surah dan ayat Al-Quran serta amalan tradisional berasaskan herba bagi merawat penyakit.
Seterusnya, pembentangan kedua dimulakan oleh En. Farady Omar, Pembantu Pustakawan Kanan berkenaan pengalaman beliau menjadikan Buku Nota Sains Sukan sebagai rujukan dalam Kursus Sains Sukan Tahap 2. Sesi soal jawab mengambil tempat di akhir pembentangan.
Program yang dihadiri oleh 12 warga kerja PDJH bersama pelajar latihan industri ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari