1 STAF 1 BUKU: SEGMEN REFLEKSI 19 OGOS 2024
OBJECTIVE
Segmen Refleksi Ogos 2024 diteruskan pada 19 Ogos 2024 bertempat di Makmal Komputer PDJH1. Objektif program ini adalah:
• Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan dan galakan membaca.
• Menonjolkan kepakaran kakitangan, perkongsian ilmu dan amalan terbaik
• Meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian maklumat bagi kakitangan
• Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
Pembentang yang dipilih pada kali ini ialah En. Sairul Nizar Saidin, Pembantu Pustakawan Kanan dengan tajuk buku Kimpalan Amali. Pembentang pertama En. Sairul Nizar Saidin, Pembantu Pustakawan Kanan mengulas kandungan buku Kimpalan Amali berdasarkan pengalaman beliau di dalam industri kimpalan pada waktu dahulu. Manakala En. Muhammad Nasrul Naim Haslin, Pembantu Pustakawan Kanan sebagai pembentang kedua mengulas beberapa bab yang menarik di dalam buku Essentials of Strength Training and Conditioning serta memberi pencerahan mengenai mitos dalam latihan rintangan dan sukan angkat berat.
Program yang dihadiri oleh 12 warga kerja PDJH ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berlangsung selama 2 jam.