Book Talk with Author: Masyarakat Sivil di Malaysia: Isu dan Cabaran

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pada 7 Ogos 2024, program Book Talk With Author Siri Ke-6 telah berjaya dianjurkan oleh Penerbit UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam. Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11 pagi ini diadakan di Studio PTAR 1 dan turut disiarkan secara langsung melalui platform YouTube Live dan Facebook Live. Dr. Mazlan Che Soh, seorang pensyarah kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, hadir sebagai panel jemputan untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai bukunya yang berjudul Masyarakat Sivil di Malaysia: Isu dan Cabaran. Program ini dikendalikan oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, pustakawan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, sebagai moderator.

Buku Masyarakat Sivil di Malaysia: Isu dan Cabaran merupakan kajian mendalam mengenai konsep dan peranan masyarakat sivil di Malaysia. Sepanjang sesi, Dr. Mazlan menjelaskan definisi terma "masyarakat sivil" yang merujuk kepada kumpulan dan gerakan sosial yang memainkan peranan dalam membentuk serta mempengaruhi struktur dan fungsi masyarakat tanpa campur tangan kerajaan. Beliau turut memberikan pengenalan menyeluruh tentang buku tersebut, termasuk perbincangan mengenai bab-bab yang terkandung di dalamnya. Buku ini meliputi pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sivil di Malaysia.

Satu lagi aspek menarik yang diketengahkan ialah kajian kes mengenai beberapa gerakan sivil di Malaysia. Dr. Mazlan berkongsi hasil kajiannya mengenai pergerakan-pergerakan sivil tempatan, memberikan gambaran jelas tentang bagaimana mereka berfungsi dan menyumbang kepada perubahan sosial di Malaysia. Kajian ini memberi pendedahan yang amat bermakna kepada para peserta, terutamanya mengenai dinamik dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan-gerakan ini dalam suasana politik dan sosial yang berbeza.

SDG Goals