Asas Bacaan Pantas Bersama Sekolah Parlimen Bagan Datuk

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pada hari Sabtu, 7 September 2024, program Asas Bacaan Pantas Bersama Sekolah-Sekolah Parlimen Bagan Datuk telah berjaya dilaksanakan di Makmal Komputer, PTAR 1. Program ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang, dengan penyertaan yang menggalakkan daripada 100 orang pelajar Tingkatan 4, 16 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar, 7 orang Pegawai Pendidikan Daerah, 22 orang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, serta 12 orang ahli Kelab Silaturahim.

Puan Siti Salwa A. Rahman, seorang Pustakawan Kanan, memimpin program sebagai instruktur utama dan berkongsi ilmu serta teknik bacaan pantas dengan penuh dedikasi. Beliau turut dibantu oleh dua fasilitator berpengalaman, Puan Norazlin Mohd Yusof dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, yang memastikan setiap sesi berjalan dengan lancar serta melibatkan peserta secara aktif.

Kolaborasi ini membuahkan hasil yang positif, dengan program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada semua pihak.

SDG Goals