LIBRARY BOARD GAME

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Aktiviti Program: Board GameĀ 

Program "Board Game" diadakan untuk menggalakkan interaksi sosial, pemikiran strategik, dan kreativiti di kalangan peserta. Aktiviti ini bertujuan untuk menyediakan ruang santai di mana peserta dapat menikmati pelbagai jenis permainan papan sambil berkenalan dan membina hubungan.

Maklumat Program :

  • Tarikh: 13 September 2024
  • Masa: 03.00 PM
  • Tempat: Aras 4, PTAR Dengkil

Objektif utama penganjuran Program

  1. Meningkatkan kemahiran sosial dan kerjasama antara peserta.
  2. Menyediakan platform untuk berhibur dan bersantai.
  3. Meningkatkan kesedaran tentang manfaat permainan papan dalam pembelajaran dan pembangunan kemahiran.

Melalui penganjuran program ini, Peserta memberikan maklum balas yang sangat positif. Mereka menghargai peluang untuk bermain dan bersosial, serta menyatakan hasrat untuk mengadakan lebih banyak program seumpama ini di masa hadapan. Program "Board Game" telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menggalakkan interaksi dan kerjasama di kalangan peserta. Aktiviti ini terbukti menarik dan menyeronokkan, dan diharapkan dapat diteruskan secara berkala.



SDG Goals