1 STAF 1 BUKU: SEGMEN REFLEKSI SEPTEMBER 2024 - 2/9/2024
OBJECTIVE
Perlis, 2 September 2024 – Program 1 Staf 1 Buku: Segmen Refleksi September 2024 telah diadakan di Bilik IT, Perpustakaan Dato Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan dihadiri oleh 15 orang peserta.
Program ini menampilkan dua pembentang utama, Hamizah Sakri dan Masyina Mashor, kedua-duanya merupakan Pembantu Pustakawan Kanan. Hamizah Sakri membentangkan buku bertajuk Timeline Akhir Zaman, manakala Masyina Mashor berkongsi tentang buku Kontrak Sosial.
Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan program ilmiah berasaskan pembudayaan dan galakan membaca dalam kalangan kakitangan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menonjolkan kepakaran kakitangan, perkongsian ilmu, dan amalan terbaik. Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian maklumat bagi kakitangan. Perpustakaan Dato Jaafar Hassan terus berusaha menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan perpustakaan untuk memupuk budaya membaca dan menggalakkan kakitangan berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dengan warga kampus.